top of page

PERJANJIAN PENYEWAAN SEWACAMERAJB

​

1. Tafsiran

​

Perjanjian - Bermaksud perjanjian ini dan apa-apa lampiran, jadual yang dirujuk dan/atau dikepilkan sekali bersamanya

​

Penyewa - Bermaksud pihak yang dinyatakan di Seksyen 2 Jadual 1

Pemberi Sewa - Bermaksud Miraso Studio (202103152299) (TR0242967-D)

 

Peralatan - Kesemua peralatan-peralatan yang disewakan oleh Pemberi Sewa kepada Penyewa beserta apa-apa aksesori, dan peralatan tambahan yang dinyatakan di Jadual 2

​

Deposit - Bermaksud jumlah deposit yang dinyatakan dalam Jadual 2
Jumlah Harga Sewa - Bermaksud jumlah harga sewa yang dinyatakan dalam Jadual 2

 

Jumlah Keseluruhan - Bermaksud jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Penyewa yang dinyatakan dalam Jadual 2

 

Tarikh Perjanjian Tempoh Sewa - Bermaksud tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual 1 Bermaksud tempoh sewa peralatan dalam Seksyen 3 Jadual 1

​

2. Akuan dan Persetujuan Penyewa

​

Penyewa dengan ini berakujanji, mengakui, memahami, dan bersetuju bahawa:

 

2.1  Penyewa bukan seorang yang diisytiharkan bankrap dan mempunyai kapasiti undang- undang untuk memasuki Perjanjian ini;

 

2.2  Penyewa ialah individu yang sama seperti maklumat yang diberikan di Jadual 1 dan Jadual 3;

 

2.3  Pemilikan Peralatan yang disewa adalah sepenuhnya milik Pemberi Sewa; dan

 

2.4  Penyewa bertanggungjawab untuk memastikan Peralatan selamat, dijaga dalam keadaan yang baik sepanjang Tempoh Sewa, dan mengelakkan Peralatan terdedah kepada apa- apa keadaan yang boleh, mampu dan/atau mungkin menjejaskan kualiti dan keadaan Peralatan tersebut, sepanjang Tempoh Sewa.

​

​

3. Pembayaran, Sewaan dan Deposit

​

3.1  Sejurus selepas Perjanjian ini ditandatangani, Penyewa hendaklah membayar Jumlah Keseluruhan seperti yang dinyatakan di Jadual 2 kepada Pemberi Sewa pada Tarikh Perjanjian.

​

3.2  Dengan menandatangani Perjanjian ini, Penyewa dengan ini mengakui bahawa Penyewa telah memeriksa Peralatan tersebut, dan telah menerima Peralatan seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2 dengan selamat dan dalam keadaan berfungsi dengan baik tanpa sebarang kerosakan.

​

3.3  Pada tamat Tempoh Sewa atau pada tarikh dan masa yang ditetapkan Pemberi Sewa , Penyewa hendaklah memulangkan semula Peralatan dengan selamat dan dalam keadaan berfungsi yang baik ("good working condition") kepada Pemberi Sewa.

 

3.4  Sejurus selepas penerimaan Peralatan dari Penyewa dan Pemberi Sewa berpuas hati Peralatan tersebut dalam keadaan asal dan keadaan berfungsi yang baik, Pemberi Sewa hendaklah memulangkan semula Deposit kepada Penyewa.

 

3.5  Sekiranya Peralatan yang dipulangkan Penyewa bukan dalam keadaan berfungsi yang baik, rosak, hilang dan/atau tidak dipulangkan dalam masa yang ditetapkan, Penyewa hendaklah bertanggungjawab mempampas dan/atau membayar kepada Pemberi Sewa bagi keseluruhan kos penggantian dan/atau pembaikian Peralatan tersebut.

​

3.6  Walau apa pun peruntukan dalam Perjanjian ini, sekiranya Penyewa gagal, enggan dan/atau cuai untuk memulangkan Peralatan dalam masa yang ditetapkan, Pemberi Sewa berhak untuk mengenakan caj lewat pulang Peralatan seperti berikut:

​

Caj lewat pulang kurang dari dua belas (12) jam : RM50.00

​

Caj lewat pulang melebihi dua belas (12) jam : Harga Sewa Peralatan bagi tempoh satu (1) hari dan terpakai untuk hari-hari yang seterusnya sehinggalah Peralatan dipulangkan Penyewa

​

4. Kemungkiran dan/atau Pelanggaran Perjanjian

​

Dalam keadaan Penyewa gagal, enggan dan/atau cuai untuk membayar mana-mana bahagian Jumlah Keseluruhan atau Jumlah Harga Sewa atau melakukan apa-apa kemungkiran Perjanjian ini, Pemberi Sewa berhak untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:

​

4.1  Pemberi Sewa mengambil, merampas dan/atau melucutkan Deposit;

 

4.2  Menuntut bagi baki sewa, caj lewat pulang dan Jumlah Keseluruhan yang belum dibayar dan yang belum kena bayar oleh Penyewa;

 

4.3  Perkongsian maklumat kepada CTOS; dan

 

4.4  Mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya dan wajar bagi mendapatkan semula apa-apa kerugian yang dialami oleh Pemberi Sewa.

​

5. Larangan Pemindahan Hak Sewa

 

Penyewa tidak dibenarkan memindahkan hak sewa Peralatan, dan/atau menyewa semula Peralatan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada Pemberi Sewa.

 

6. Pemulangan Awal Peralatan

 

Sekiranya Peralatan dipulangkan oleh Penyewa sebelum Tempoh Sewa tamat, tiada sebarang pengembalian bayaran sewa bagi tempoh yang tidak digunakan, melainkan dengan persetujuan kedua-dua pihak.

​

Saya, Penyewa yang dinamakan di Seksyen 2 Jadual 1, dengan ini mengakui, berakujanji dan bersetuju bahawa saya telah membaca kesemua peruntukan Perjanjian ini dengan cermat dan berhati-hati, dan tidak bergantung pada mana-mana kenyataan, atau representasi yang dibuat oleh Pemberi Sewa selain dari yang terkandung dalam Perjanjian ini.

​

Saya bersetuju untuk terikat dengan segala terma dan syarat Perjanjian ini, termasuklah apa-apa lampiran atau jadual yang berkaitan dan dirujuk di sini.

​​

​

​

Screenshot 2025-11-04 at 8.55_edited.jpg
Screenshot 2025-11-04 at 8.57.51 PM.png
Screenshot 2025-11-04 at 8_edited.jpg
bottom of page